
Salam Hari Guru saya ucapkan buat seluruh guru di Malaysia. Ucapan ini khas saya tujukan kepada bekas guru-guru saya semasa saya berada di sekolah menengah (SMK Taman Fajar, Sandakan, Sabah) dari saya tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 (2002-2006). Semoga bekas guru-guru saya itu sentiasa berada dalam keredhaanNya, ditabahkan hati dalam menjalani waktu demi waktu sebagai seorang guru dan semoga bekas guru-guru saya itu nanti akhirnya dapat melahirkan insan-insan yang berguna dan hebat yakni pelajar-pelajar sebagai hasil didikan guru-guru yang hebat.
Sesungguhnya diriku ini amat sukar untuk melupakan jasa2 dan bakti guru2 ku. Diriku selalu terkenangkan segala kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. Rasa rindu, sedih dan sebagainya masih lagi terasa dalam diri ini. Sesungguhnya diriku tidak dapat melupakan kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. Dan sesungguhnya diriku ini tidak dapat melupakan seorang insan bernama guru.
Peranan dan tanggungjawab guru sangat besar nilainya. Profesion guru sebagai pendidik tidak boleh disamakan dengan profesion lain. Peranan guru dalam pendidikan adalah semata-mata mahu meliaht anak bangsa mereka berjaya pada masa hadapan.
Di tangan guru, terletaknya harapan untuk membentuk masyarakat beragama, berakhlak serta beriman dan berilmu, berteknologi dan berbudaya. Mereka mendidik kita menjadi sebaik-baik dan sempurna manusia yang akan memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan negara.
Oleh kerana itulah, guru harus dihormati. Tanpa guru, siapalah kita. Tanpa guru, kita tidakakan berada pada peringkat sekarang dengan jawatan yang tinghi, dipandang mulia, hidup bekerjaya dan sebagainya.
Orang yang menghina guru adalah orang yang tidak berfikiran waras dan matang. Ibu bapa tidak patut menyalahi mereka jika anak-anak melakukan kesalahan disiplin. Ibu bapa harus memeriksa kelakuan anak-anak sebelum menuduh guru.
Jika terserempak dengan mereka walaupun mereka sudah uzur, tegurlah dan beramah mesralah. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai, dihormati dan diingati. Tidak rugi berbuat demikian, lebih-lebih lagi yang menegur itu mempunyai kedudukan tinggi di mata masyarakat kerana tiba masanya mereka mersakan tidak sia-sia mencurahkan ilmu.
Hayatilah lagu ini...
Lilin Seorang Guru
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Lagu: Cikgu Khairul, Mie Inteam & Munif Ahmad
Lirik: Cikgu Khairul, Mie Inteam & Munif Ahmad
Hayatilah juga lagu ini...
Guruku - Inteam
Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati
Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
Lagu: Inteam, Cikgu Hasnol & Nada Syahdu
Lirik: Inteam & Halim Libya
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Lagu: Cikgu Khairul, Mie Inteam & Munif Ahmad
Lirik: Cikgu Khairul, Mie Inteam & Munif Ahmad
Hayatilah juga lagu ini...
Guruku - Inteam
Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati
Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan
Lagu: Inteam, Cikgu Hasnol & Nada Syahdu
Lirik: Inteam & Halim Libya
Dengar lagunya di sini:
http://filemislam.blogspot.com/2008/05/guruku-inteam.html
http://filemislam.blogspot.com/2008/05/guruku-inteam.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar